PRU-15 hujung tahun letak rakyat dalam 1,001 kepayahan

0
348

HUJUNG tahun bukan waktu sesuai diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 kerana bakal meletakkan rakyat di dalam 1,001 kepayahan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman berkata, cuaca yang tidak menentu dan pengundi dijangka berdepan hujan dan ribut petir jika PRU-15 diadakan hujung tahun ini.

“Laporan wakil Jabatan Meteorologi Malaysia seperti yang disiarkan di media massa baru-baru ini mengenai gelombang hujan lebat dan banjir dari November 2022 hingga Mac 2023,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, hujung tahun merupakan waktu cuti panjang sebahagian masyarakat di mana ada antara mereka berkunjung ke luar negara, atau waktu yang popular bagi menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci.

Selain itu, pergelutan rakyat terutama golongan B40 untuk pulih dari ekonomi akan terganggu dan memberi impak terhadap kewangan mereka, jika PRU-15 diadakan hujung tahun ini.

“Kempen PRU-15 hujung tahun ini secara tidak langsung mengalih perhatian masyarakat terhadap liputan perbicaraan kes mahkamah berprofil tinggi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan negara bakal mengalami fasa peralihan monsun pada Oktober hingga awal November.

Katanya, risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh itu terutama di kawasan rendah di pantai barat semenanjung.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here