Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gempa bumi kuat gegarkan Mexico, seorang maut -

Gempa bumi kuat gegarkan Mexico, seorang maut

GEMPA bumi berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan barat dan tengah Mexico pada Isnin, menyebabkan seorang terbunuh akibat ditimpa tembok di sebuah pusat beli-belah di Manzanillo, Colima, kata Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

Gempa bumi itu berlaku pada 1.05 tengah hari waktu tempatan (0605 GMT) dan kawasan Colima dan Michoacan paling terjejas teruk manakala beberapa bahagian di Mexico City turut merasai gegaran.

Menurut Suruhanjaya Persekutuan Elektrik (CFE), 1.2 juta orang terputus bekalan elektrik di Mexico City, Michoacan, Colima dan Jalisco. 

Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan (SSN) pada awalnya melaporkan bacaan gempa bumi 7.4 pada skala Richter, tetapi mengemas kini bacaan kepada 7.7 pada skala Richter, dua jam kemudian.

Menurut SSN, pusat gempa terletak 63 kilometer (km) di selatan Coalcoman, di Michoacan dengan kedalaman 15 km.

Menjelang 3.20 petang waktu tempatan (0820 GMT), perkhidmatan seismologi mencatatkan 168 gegaran susulan dengan magnitud tertinggi 5.3 pada skala Richter.

Gempa bumi berlaku sejurus selepas latihan gempa bumi tahunan di seluruh negara diadakan sempena memperingati gempa bumi dahsyat pada 1985 yang meragut beribu-ribu nyawa dan meruntuhkan bangunan di seluruh pusat bandar Mexico City. – BERNAMA