Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan culik di Genting Highlands salah faham - polis -

Dakwaan culik di Genting Highlands salah faham – polis

POLIS sehingga kini tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan berlaku cubaan culik oleh seorang wanita warga asing di Genting Highlands seperti yang ditularkan melalui media sosial.

Setakat ini kejadian yang tular itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara individu yang merakam dan keluarga kanak-kanak yang dilaporkan anak mereka diculik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

“Seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan, di mana rakaman berlaku cubaan culik itu berakhir di pejabat Polis Bantuan (PB) di Genting Highlands dan pihak PB sudah membuat laporan polis berhubung video yang tular.

“Pihak PB sudah mendapatkan maklum balas daripada wanita warga asing terbabit dan mendapati kejadian ini adalah satu salah faham dan tiada berlaku sebarang cubaan jenayah,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Zaiham berkata, bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akuan Tik Tok @ALFITRY_AZMI52 bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian didakwa itu.

“Pemeriksaan awal oleh PB Genting Highlands mendapati wanita warga asing yang dikatakan ingin menculik kanak-kanak itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan tiada sebarang unsur mencurigakan.

“Setakat ini kejadian dipercayai berlaku akibat wanita itu merindukan anaknya di negara asal,” katanya.

Beliau berkata semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat serta memberikan kerjasama kepada polis dalam menjalankan siasatan.

Berdasarkan rekod, lokasi berkenaan banyak kamera litar tertutup (CCTV), kawalan PB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah untuk membawa seseorang yang berkemungkinan diculik dari kawasan rekreasi pusat peranginan itu ke laluan bawah adalah amat sukar kerana akan melalui pemeriksaan jalan raya menuju ke Goh Tong Jaya.