Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kalau PM gagal urus ekonomi lebih baik bubar Parlimen – Muhyiddin -

[VIDEO] Kalau PM gagal urus ekonomi lebih baik bubar Parlimen – Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Bagaimanapun kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu jika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan lebih baik, eloklah pilihan raya diadakan.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin, Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, ia bagi membolehkan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih rakyat.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat.

“Pada masa yang sama, BN sedang menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Muhyiddin turut menggesa kerajaan memandang serius isu kejatuhan nilai mata wang ringgit dan mencari langkah segera bagi mengelak ia menjadi lebih parah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mencari pendekatan yang berkesan dan tidak boleh menganggap ia bukan satu krisis yang serius.

“Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay.

“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya.

Jelas Muhyiddin, kejatuhan ringgit memberi kesan secara langsung terhadap harga barang makanan memandangkan nilai import makanan sahaja mencecah RM63 bilion dan perkara ini pastinya bukan sesuatu yang baik kepada rakyat.

Tegasnya, jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Adakah ini okay? Tidak, ini tidak okay,” katanya.