PERJUMPAAN lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang pada awalnya dijadualkan esok akan diadakan pada 30 September.
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata mesyuarat itu akan diadakan pada 8 malam dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan bermesyuarat pada malam yang sama.
Dalam kenyataan ringkas, beliau berkata tarikh awal mesyuarat itu ditangguhkan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menghadiri majlis rasmi di Bangi.
Ismail Sabri telah memaklumkan kepada pemberita mengenai penangguhan itu pada Khamis.
Menurutnya, perjumpaan itu akan dimulakan dengan pertemuan lima pemimpin tertinggi, diikuti biro politik dan seterusnya MKT lapor FMT.
Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.