Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada lesen memandu jadi kesalahan tertinggi dalam operasi kenderaan perdagangan -

Tiada lesen memandu jadi kesalahan tertinggi dalam operasi kenderaan perdagangan

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 356 notis bagi kesalahan tiada lesen memandu menerusi Ops Tutup yang diadakan di dua lokasi di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) malam tadi.

Kesalahan itu merupakan yang paling tinggi dikesan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi yang mensasarkan kenderaan perdagangan yang diadakan selama dua hari sejak kelmarin di Plaza Tol Sungai Dua (arah Selatan) dan Plaza Tol Juru (arah Utara).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Mat Isa berkata, selain kesalahan tiada lesen sebanyak 198 notis turut dikeluarkan atas kesalahan teknikal manakala 113 notis berkaitan perlesenan kenderaan.

Lebih mengejutkan kata beliau, pemeriksaan juga mendapati kelindan lori yang tidak mempunyai lesen turut menggantikan pemandu utama sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 2,490 kenderaan diperiksa dan 445 daripadanya dikenakan tindakan manakala 766 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.

Katanya, operasi bersepadu terbabit turut disertai beberapa agensi lain antaranya JPJ Kedah dan Perlis; Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Operasi ini dijalankan bagi memastikan kenderaan perdagangan layak berada di atas jalan raya dan benar-benar selamat dipandu bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Kita memeriksa antaranya keadaan brek, tayar, enjin, asap dan komponen lain bagi memastikan kenderaan berat ini tidak akan rosak sehingga dikhuatiri menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.

Dalam pada itu beliau menegaskan, JPJ Pulau Pinang akan terus menjalankan penguatkuasaan dan advokasi berhubung keselamatan di jalan raya bagi memastikan semua pengguna jalan raya dilindungi.- SB