Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Prosiding 1MDB ditangguhkan, Najib masih di HKL -

Prosiding 1MDB ditangguhkan, Najib masih di HKL

PROSIDING kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini dan esok dilapangkan, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB, lapor Sinar Harian.

Walaupun ubat darah tinggi yang asal diberikan, Muhammad Shafee berkata, tekanan darah anak guamnya belum berada di tahap memuaskan.

Semalam, Najib dimasukkan ke HKL kerana menghadapi masalah kesihatan ekoran tekanan darah, perbicaraan rasuah 1MDB RM2.28 bilion membabitkan bekas Perdana Menteri pada pagi semalam telah dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.