Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sungai Bidut -

Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sungai Bidut

MAYAT seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut di Sibu, hari ini.

Pemeriksaan awal pihak polis, yang menerima maklumat tersebut pada 9.24 pagi, mendapati lelaki itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada kedua-dua lengannya.

“Tiada kesan kecederaan luaran di tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian setakat ini,” kata Ketua Polis Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca kematian dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

Beliau meminta mana-mana saksi, individu, waris atau majikan yang mempunyai maklumat berhubung penemuan itu atau kehilangan ahli keluarga atau pekerja, untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Binsin Lunjong di talian 017-8025675. – Bernama