Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
80,000 kenderaan dijangka guna SUKE setiap hari -

80,000 kenderaan dijangka guna SUKE setiap hari


PEMBUKAAN Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan mengurangkan kesesakan trafik di bahagian timur ibu negara dengan kira-kira 80,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan itu setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata dengan pembukaan itu, SUKE yang sejauh 24.4 kilometer (km) dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang, akan mengurangkan kesesakan trafik kira-kira 30 peratus di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2  (MRR2), Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew.

Beliau berkata SUKE turut menghubungkan penggunanya dengan beberapa lebuh raya sedia ada seperti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

“”SUKE memberi alternatif yang lebih cepat, mudah, efisien dan selamat kepada pengguna jalan raya,” katanya. 

Menurut Mohammad Azlan fasa pertama SUKE bagi jajaran sejauh 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang ke Bukit Antarabangsa akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat, namun menyatakan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual mengumumkan tarikh pembukaannya esok.

Beliau berkata laluan itu telah siap dan pembukaannya diluluskan kerajaan untuk manfaat pengguna jalan raya.

— BERNAMA