Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pertikaian sewa rumah punca pergaduhan -

Pertikaian sewa rumah punca pergaduhan

PERTIKAIAN mengenai kenaikan sewa rumah antara penyewa dan pemilik dipercayai menjadi punca kepada berlakunya pergaduhan kedua-dua belah pihak di hadapan sebuah syarikat kurier di Lemal, Pasir Mas, Kelantan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, susulan daripada kes itu, penyewa dan pemilik rumah tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk memberi keterangan dan menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada pertikaian kenaikan sewa antara pihak penyewa dan pemilik rumah.

“Penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian. Keadaan itu menyebabkan berlakunya pertikaian dan pergelutan antara mereka.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan serius dialami oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya hari ini, lapor Kosmo!.

Menurut Mohd. Nasaruddin, berdasarkan hasil perbincangan, kedua-dua belah pihak mengakui kesilapan masing-masing dan tidak berhasrat untuk meneruskan kes tersebut selain mahu menyelesaikannya secara baik.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai disarankan agar tidak mudah menyebarkan sebarang berita atau perkara yang tidak pasti bagi mengelakkan kebimbangan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 17 saat yang memaparkan keadaan kecoh di tepi jalan apabila berlaku satu insiden pergaduhan melibatkan beberapa orang lelaki.

Pergelutan itu mencetuskan kebimbangan ramai apabila kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah kereta sebelum mengambil satu barangan melalui pintu belakang yang didakwa sebagai senjata api.