Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki miliki rokok seludup bernilai RM60,669 ditahan -

Lelaki miliki rokok seludup bernilai RM60,669 ditahan

SEORANG lelaki warga tempatan ditahan di sebuah premis di Pekan Baru Layang-Layang, Kluang, Johor petang semalam, kerana memiliki sejumlah rokok putih dipercayai rokok seludup. 

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama 255 karton rokok tanpa cukai kastam pelbagai  jenama bernilai RM60,669 dipercayai untuk dipasarkan sekitar daerah itu. 

Beliau berkata serbuan di premis menjual barangan runcit itu melibatkan jenama rokok jenis U2, Tiara Merah, RE King Merah dan RE Bold Hitam. 
 
Turut dirampas rokok jenama Touro Hitam, LA Hitam, Canyon Blast Biru, Canyon Menthol Hijau, Clas Mind Putih, Galaxy Merah, Sampoerna Mild Putih, Gudang Baru, Gudang Garam Menthol Mild Putih, Impact Diplomat Hitam; John Merah dan Luffman Classics Putih,” katanya  dalam kenyataan, hari ini. 
 
“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh  didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Permohonan reman akan dilakukan hari ini,” kata Bahrin. -BERNAMA