BAPA kepada pelakon remaja perempuan yang ditahan minggu lalu akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam bagi siasatan di sana.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, reman terhadap suspek berkenaan tamat pada hari ini dan proses berkenaan dilakukan berikutan satu lagi laporan polis dibuat terhadap dirinya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan yang dibuat IPD Shah Alam.
“Kita akan serah kepada Shah Alam,” katanya ringkas memetik laporan Utusan Malaysia.
Terdahulu, bapa pelakon remaja perempuan terbabit ditahan pada 6 September lalu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya.
Suspek ditahan di kediamannya di Kedah dan polis turut merampas telefon bimbit suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.
Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.