Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pandemik jadikan peratusan kumpulan B40, B60 semakin besar - Muhyiddin -

Pandemik jadikan peratusan kumpulan B40, B60 semakin besar – Muhyiddin

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AHLI Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuri tumpuan penduduk setempat apabila bersarapan dengan orang ramai di Warung Jati, Temiang Tanjung, Pagoh, Muar.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kemudian melawat Tapak Pasar Tani Lama, Bukit Pasir, Pagoh untuk Program Jualan Prihatin Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin berkata, program yang sudah tiga kali diadakan di Parlimen Pagoh itu adalah respons PN terhadap masalah yang sedang dihadapi sebahagian besar rakyat pada masa ini khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Seperti yang sudah banyak kali saya sebut, pandemik Covid-19 telah menyebabkan peratusan kumpulan B40 menjadi B60 semakin besar dan ini membuktikan semakin ramai rakyat susah pada ketika ini.

“Program ini bertujuan meringankan beban kumpulan ini yang mana barangan keperluan utama iaitu beras, telur dan ayam proses dijual pada harga yang sangat murah iaitu RM20 sahaja.

“Saya difahamkan sejumlah 1,000 kampit beras lima kilogram, 1,000 papan telur dan 1,000 ekor ayam proses disediakan untuk program ini.

“Saya merasa bersyukur melihat ramai penduduk datang untuk membeli tiga barang keperluan utama ini.

“Insya-Allah Program Jualan Prihatin ini akan diperluaskan ke kawasan yang mempunyai ramai penduduk miskin dan susah di seluruh negeri Johor dan negara tidak lama lagi,” katanya dalam Facebook miliknya, hari ini. – SB