OPR naik kali ketiga tahun ini ke 2.50 peratus

BANK Negara Malaysia (BNM) pada Khamis mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.5%.

Langkah itu merupakan kenaikan kali ketiga yang dilaksanakan bank pusat itu.

Ketika kemuncak pandemik Covid-19 pada Julai 2020, BNM mengurangkan OPR kepada 1.75%, kadar paling rendah pernah direkodkan di Malaysia.

Kadar OPR itu dikekalkan sehingga 11 Mei tahun ini, apabila BNM menaikkan 25 mata asas atau 0.25% kepada 2.00%.

Pada 6 Julai, BNM menaikkan OPR sekali lagi dengan 25 mata asas kepada 2.15%.