Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas maut dalam kebakaran rumah bersebelahan tokong -

Warga emas maut dalam kebakaran rumah bersebelahan tokong

SEORANG lelaki warga emas ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan dua rumah dan sebuah tokong di Jalan Merah 1/4, Bukit Merah, Menglembu di Ipoh, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, mangsa, Loo Kin Chan@Loo Kok Chan, 78, ditemukan dalam salah sebuah rumah terbabit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 5.25 pagi.

“Kebakaran melibatkan dua rumah kelas B yang masing-masing musnah terbakar 80 peratus dan sebuah tokong terbakar 20 peratus.

“Anggota bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan aliran air. Operasi turut dibantu oleh pasukan daripada BBP Ipoh hingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 8.55 pagi