Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bank Negara dijangka naikkan lagi OPR minggu ini: Moody’s -

Bank Negara dijangka naikkan lagi OPR minggu ini: Moody’s

BANK Negara Malaysia dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut, bertujuan membantu mengurangkan inflasi negara ditambah dengan pemulihan ekonomi yang teguh, kata Moody’s Analytics.

Moody’s berkata indeks harga pengguna utama Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya.

“Sementara itu, keluaran dalam negara kasar suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan untuk perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April,” katanya dalam satu kenyataan.

Dari segi luaran, menaikkan kadar dasar semalaman akan meningkatkan ringgit, yang telah susut berbanding dolar AS di tengah-tengah kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.

Bank pusat itu dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari September pada 7 hingga 8 September 2022. – BERNAMA