Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan tiga lelaki, rampas ganja bernilai RM52,500 di Sungai Petani -

Polis tahan tiga lelaki, rampas ganja bernilai RM52,500 di Sungai Petani

POLIS menahan tiga lelaki tempatan termasuk dua beranak dan merampas 21 ketulan mampat ganja seberat 21.9 kilogram yang dianggar bernilai kira-kira RM52,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Pinang Tunggal di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 59 tahun itu ditahan pada 4.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada suspek, berusia 33 tahun, yang bekerja sebagai pemandu van dipercayai dalang dalam aktiviti pengedaran dadah serta berperanan sebagai ‘penjaga stor’.

“Penglibatan dua lagi suspek iaitu ayahnya yang berusia 59 tahun dan sepupunya berusia 22 tahun, yang kedua-duanya merupakan pekerja kilang, masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah di kawasan sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang sejak dua bulan lepas.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 33 tahun itu mempunyai empat kesalahan berkaitan dadah dan enam kesalahan jenayah termasuk dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek berusia 22 tahun mempunyai empat rekod jenayah termasuk dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala suspek berusia 59 tahun pula tiada sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya.

Zaidy berkata ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, suspek pertama dan sepupunya masing-masing positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC)/ganja dan methamphetamine, manakala ayah suspek pertama, didapati negatif.

Tambahnya semua suspek direman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 43,770 penagih,” katanya. – BERNAMA