Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muktamad tiada kerjasama dengan PH - Pemuda Pas -

Muktamad tiada kerjasama dengan PH – Pemuda Pas

MUKTAMAR Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 yang berakhir pada Jumaat menerima usul – tanpa perbincangan – menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Usul berkenaan akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 esok, sebelum dibentangkan pada mesyuarat Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya yakin dari segi kerjasama dengan PH, parti-parti komponen PN sudah faham. Inilah pendirian kami bahawa tidak akan ada rundingan dengan PH pada PRU-15.

“Pendirian ini diputuskan oleh pemuda hari ini tanpa perbincangan,” katanya pada sidang media selepas muktamar sayap itu di Alor Setar, hari ini.

Sementara itu Muktamar DPPM turut meluluskan usul mencadangkan sebanyak 30 peratus calon yang akan bertanding dalam PRU15 daripada parti itu terdiri daripada golongan muda.

    Usul itu bagi memastikan lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum berkenaan selaras dengan pelaksanaan Undi18 iaitu pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas yang berkuat kuasa pada 15 Dis lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi penangguhan muktamar itu, Ahmad Fadhli berkata ia adalah cabaran kepada DPPM dalam menyiapkan calon berkaliber serta boleh menang untuk bertanding dalam PRU15.

“Walaupun telah disebut Timbalan Presiden (PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) semalam dengan 30 peratus anak muda (calon), kita juga membuka perbahasan bagaimana kita melihat reaksi para perwakilan dan perwakilan menyambut baik,” katanya.