Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita berpakaian ihram telah pulang ke tanah air - Idris -

Wanita berpakaian ihram telah pulang ke tanah air – Idris

SEORANG wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini dikatakan telah pulang ke tanah air.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesan keberadaan wanita itu selain meminta pihak berkuasa seperti pejabat agama negeri untuk mengambil tindakan lanjut.

“Dia dikatakan telah pulang ke sini. Namun, kita tidak dapat mengesan keberadaan dia di mana sekarang ini.

“Jika dapat dikesan keberadaanya, kita akan minta pihak pejabat agama di seluruh negeri untuk panggil individu berkenan (bagi dijalankan siasatan lanjut,” katanya lapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan tunai RM600 seorang kepada 11 mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, pada Khamis.

Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata, tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Sebelum itu, seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang ‘lelaki’ merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita.

Dalam satu hantaran video pendek, ia turut memaparkan wanita terbabit menuju ke Raudah.