Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasangan penuntut IPT ditahan khalwat di hotel bajet -

Pasangan penuntut IPT ditahan khalwat di hotel bajet

PENUNTUT institusi pengajian tinggi (IPT) antara dua pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet di Bukit Beruang dan Bachang, Melaka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, penuntut masing-masing berusia 19 tahun itu ditangkap dalam operasi Ambang Merdeka yang bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam.

Menurutnya, mereka ditahan dalam serbuan pertama pada jam 12.30 tengah malam selepas gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri ketika disoal siasat pegawai JAIM.

Katanya, ketika serbuan, lelaki terbabit tidak memakai baju manakala kekasihnya berbaju tidur.

“Mereka mengaku menginap bersama dengan si lelaki mendakwa mahu berehat selepas penat bermain futsal sambil menemani teman wanitanya itu menyelesaikan tugasan universiti.

“Namun, tiada pakaian sukan ditemui ketika pemeriksaan di bilik hotel terbabit sebelum kedua-dua mereka dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat,” katanya, lapor Harian Metro.

Che Sukri berkata, dalam serbuan kedua di sebuah hotel bajet di Bachang, pihaknya menahan lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berumur 22 tahun pada jam 2.45 pagi.

Menurut beliau, pasangan itu memberi alasan berehat di situ selepas kepenatan walaupun lelaki terbabit hanya tinggal di Cheng manakala teman wanitanya menetap di Jasin.

“Kedua-dua pasangan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.