Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahli Majlis PBT ditahan disyaki pukul adik OKU  -

Ahli Majlis PBT ditahan disyaki pukul adik OKU 

SEORANG ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) direman hingga Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memukul adik lelakinya yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di Bandar Sri Jempol, dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 4 petang Ahad lepas selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung perkara itu.

“Mangsa yang berusia 39 tahun mendakwa dipukul oleh abang kandungnya dengan menggunakan objek dan dicucuh dengan api.

“Dia kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan doktor dan disahkan mempunyai kecederaan pada bahagian perut serta belakang badan sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.

Hoo berkata kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.

Justeru, menurutnya orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan menyeru jika ada pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan.—Bernama