Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KPLB kaji keperluan tambah lebih banyak tadika Kemas di bandar -

KPLB kaji keperluan tambah lebih banyak tadika Kemas di bandar


KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengkaji keperluan memperbanyakkan taman didikan kanak-kanak (tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam bandar, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata bagi memperbanyakkan tadika KEMAS dalam bandar, ia memerlukan ramai kakitangan, dan penambahan tenaga kerja perlu dipohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jumlah tadika KEMAS dalam bandar adalah kecil, dan keperluan untuk menambah itu ada permintaan tinggi, namun perkara itu perlu dikaji kerana memerlukan kakitangan,” katanya ketika ditanya sama ada KPLB bercadang membuka lebih banyak tadika di kawasan bandar ekoran yuran yang semakin meningkat di tadika swasta.

Mahdzir berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Mengenai semakan semula kadar biasiswa pelajar di bawah KPLB khususnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk semua pelajar di dalam dan luar negara, Mahdzir berkata butirannya akan diumumkan Perdana Menteri pada satu majlis nanti.

Semalam Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasiswa di bawah KPLB khususnya MARA untuk semua pelajar di dalam dan luar negara.

— BERNAMA