Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suspek tumbuk, tekup muka wanita hingga pengsan sebelum samun -

Suspek tumbuk, tekup muka wanita hingga pengsan sebelum samun

SEORANG lelaki yang bertindak ganas menyerang seorang wanita dengan menekup muka dan menariknya sebelum melakukan samun di hadapan lif disebuah pangsapuri di Jalan Metro Perdana Kepong, Kuala Lumpur, semalam, diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian pada jam 12.45 tengah malam, suspek, 35, menunggu di hadapan pintu lif, sebelum bertindak menekup muka dan menarik mangsa sehingga ke tepi tangga.

“Suspek telah menumbuk muka mangsa berusia 28 tahun itu sehingga menyebabkan pendarahan di hidung dan bengkak di muka.

“Suspek kemudian bertindak menekup mulut mangsa sehingga pengsan dan telah membawa lari wang tunai sebanyak RM150.

“Selepas kejadian itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di wad Hospital Kuala Lumpur. Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kesan bengkak di muka dan pendarahan dalam kedua-dua belah mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek terbabit pada pukul 4 petang pada hari sama.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencingnya mendapati negatif,” jelasnya.

Katanya, suspek direman lima hari bermula Ahad hingga Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.