Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
"Bubar Parlimen? Tunggu... tunggu... tunggu" - PM -

“Bubar Parlimen? Tunggu… tunggu… tunggu” – PM

“Tunggu… tunggu… tunggu.”

Itu reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya oleh pemberita mengenai tarikh pembubaran Parlimen selepas beliau merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun KEMAS, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, pada Ahad.

Sejak kebelakangan ini, spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat semakin hangat didebatkan.

Sebelum ini, wujud desas desus bahawa Parlimen mungkin akan dibubarkan pada November susulan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan pada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar memetik laporan Astro AWANI.

Media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini diawalkan tiga minggu.

Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet.