Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan mahkamah terhadap Najib baik untuk perniagaan, kata ahli ekonomi -

Keputusan mahkamah terhadap Najib baik untuk perniagaan, kata ahli ekonomi

PAKAR-pakar ekonomi menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International memberi petanda baik kepada Malaysia.

Bagaimanapun, mereka turut mengakui pada masa sama ia juga boleh membawa ketidakpastian.

Ketua pegawai eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata, keputusan mahkamah memberi isyarat positif bahawa “tiada siapa pun yang tidak boleh disentuh” dan keadilan turut melibatkan mereka yang memainkan peranan dalam politik negara.

Bagaimanapun katanya, keluarnya Najib dari kancah politik akan meninggalkan kekosongan yang boleh menambah suasana ketidaktentuan.

“Jangan kita lupa Najib mewakili sebahagian daripada Umno yang mesra perniagaan, manakala dua kerajaan baru-baru ini menunjukkan kecenderungan lebih tinggi untuk campur tangan dalam ekonomi,” katanya lapor FMT.

Ferlito berkata, pendekatan “tunggu dan lihat” mungkin diambil pelabur asing kerana perebutan kuasa dijangka berlaku dalam kalangan puak Umno.

“Yang muncul sebagai pemenang akan menentukan jenis platform ekonomi (yang akan menjadi kempen mereka),” katanya.

Felo penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkongsi sentimen sama dengan berkata, keputusan mahkamah itu menjadi tarikan kepada bakal pelabur.

“Ia menunjukkan kehadiran institusi yang baik.”

Bagaimanapun katanya, satu sabitan mungkin tidak mencukupi untuk mengubah persepsi dan membuktikan hakikat bahawa kedaulatan undang-undang adalah bahagian penting dalam rangka kerja institusi negara.

“Pelabur asing akan tunggu sebelum membuat penilaian. Takkanlah dek kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba?”

Beliau juga mendapati keputusan Ismail tidak campur tangan dalam proses kehakiman akan dipandang positif oleh orang ramai.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia, Shaun Cheah berkata, keputusan mahkamah akan memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa undang-undang komersial Malaysia kekal utuh.