AHLI-ahli UMNO perlu sedar undang-undang yang telah termaktub dan tertulis tidak mengenal apa itu kesilapan.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, sehubungan itu ia wajib diikuti kerana jika tidak maka kehadiran hakim sebagai pentafsir undang-undang serta membuat keputusan berasaskan undang-undang, tidak perlu ada.

Beliau mengulas tindak-tanduk ahli UMNO yang terus mempertikaikan keputusan mahkamah berkaitan kes membabitkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berikut kenyataan penuh Mahathir yang juga Ketua Bahagian Bersatu Segambut.
Berbagai alasan dikemukakan UMNO untuk mempertikai keputusan mahkamah persekutuan berkenaan kes SRC Dato Sri Najib Razak. Yang jelas dan ketara, apapun keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim yang bertauliah ini, tidak akan diakui atau diterima oleh segelintir pimpinan UMMO, sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.
UMNO harus sedar undang-undang yang telah termaktub dan tertulis tidak mengenal apa itu kesilapan, bagi undang-undang-apa sahaja yang tertulis dan termaktub wajib diikuti, kerana jika tidak maka kehadiran hakim sebagai pentafsir undang-undang serta membuat keputusan berasaskan undang-undang tidak perlu ada.
Rakyat hari ini sudah muak dan jelak dengan karenah ini, kerana itu lah apabila ada parti alternatif seperti Perikatan Nasional yang dianggap boleh melawan kerajaan korup seperti Barisan Nasional, tanpa silu segan mereka turun memberi sokongan.
Pimpinan alternatif Perikatan Nasional yang ditunjangi Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidaklah sekuat sangat, tidak sehebat sangat namun dek korupsi dan salah guna kuasa pemimpin peneraju terdahulu, sudah tentu rakyat akan memberi sokongan demi memberi pengajaran kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah hilang pedoman dan arah.
Kata orang, perangkap tidak pernah lupa akan mangsanya. Perangkap akan senantiasa setia ditempatnya menunggu sang mangsa tersesat jalan,lalu masuk mulut perangkap. Si mudah lupa tadi baru terngadah, tetapi telah terlambat, sang perangkap tiada sistem belas kesihan, sang perangkap tiada sistem budibicara, sang perangkap tiada sistem
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.