Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahli Parlimen India ditahan hina Nabi Muhammad -

Ahli Parlimen India ditahan hina Nabi Muhammad

SEORANG ahli Parlimen dari parti pemerintah kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) ditahan polis kerana didakwa mengalakkan permusuhan atas nama agama di negara itu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, T Raja Singh ditahan selepas kumpulan Islam menuntut penangkapannya berikutan mengeluarkan komen mengenai Nabi Muhammad SAW.

Pegawai kanan polis di Hyderabad, Joel Davis berkata, Raja Singh didakwa atas tuduhan mengalakkan permusuhan atas nama agama.

“Ia mengenai video dimuat naik oleh ahli Parlimen itu baru-baru,” katanya.

Rakaman media menunjukkan ratusan penduduk Islam di India mengadakan protes membantah kenyataan ahli Parlimen dari Telangana itu selepas video itu tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, Raja Singh membuat kenyataan menyinggung perasaan umat Islam dengan rujukan jelas kepada Nabi Muhammad.

Kenyataan berbentuk penghinaan itu serupa dengan yang dibuat oleh jurucakap BJP, Nupur Sharma pada awal tahun ini.

Penahanan Raja Singh dibuat beberapa bulan selepas BJP menggantung keahlian Sharma disebabkan kenyataannya terhadap Nabi Muhammad yang membawa kepada ketegangan diplomatik terhadap India.

Dalam pada itu, BJP menggantung keahlian Raja Singh kerana melanggar kod tata etika parti.