MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib supaya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.
BH Online melaporkan, Tengku Maimun dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.
Tengku Maimun berkata, permohonan itu mesti menunjukkan bahawa kenyataan oleh pihak ketiga akan menjejaskan penemuan mahkamah.
“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.
Ketika ini, Najib sedang membacakan kenyataannya sebelum mahkamah membuat keputusan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.