Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat dakwaan pelajar jadi mangsa buli seksual di asrama -

Polis siasat dakwaan pelajar jadi mangsa buli seksual di asrama

SEORANG pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Melaka mendakwa menjadi mangsa buli melakukan seks oral oleh rakan asrama sehingga cuba membunuh diri dipercayai akibat tertekan.

Pelajar berusia 14 tahun itu mendakwa menjadi mangsa buli rakan asrama yang memaksanya melakukan seks oral sehingga trauma dan cuba membunuh diri ketika di rumahnya pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata berdasarkan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 37 tahun, kejadian itu terbongkar selepas anak lelakinya kelihatan murung dan cuba bertindak membunuh diri.

Katanya, wanita itu mendakwa rakan-rakan asrama sekolah anaknya itu melakukan seks oral menyebabkan remaja itu ketakutan dan trauma sehingga sanggup cuba membunuh diri.

“Mangsa juga dikatakan meracau pagi semalam sebelum dihantar oleh keluarganya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian pada Isnin.

Bagaimanapun, Christopher berkata, kes itu masih dalam siasatan kerana polis belum merakam percakapan pelajar terbabit yang kini berada di hospital untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Katanya, setakat ini juga polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terbabit untuk siasatan.

“Kes ini juga sudah diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya.