Muncul di KLFW, aksi ‘bad boy’ Noh Hujan curi perhatian netizen

0
561

BEKAS suami selebriti terkenal Mizz Nina, Noh Salleh mencuri perhatian netizen apabila muncul pada pertunjukan Pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 yang berlangsung minggu lalu.

Menerusi video tular yang dikongsikan di platform TikTok itu, Noh muncul di atas pentas peragaan itu dan melakukan catwalk bagi memperagakan pakaian dari salah satu jenama pada hari tersebut. Turut kelihatan, penyanyi itu memperagakan pakaian serba hitam selain berkaca mata.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen apabila Noh turut memegang sebatang rokok yang tidak dibakar sambil melakukan catwalk tersebut. Dia juga dilihat berjalan dengan begitu santai sebelum memasukkan rokok ke dalam mulut untuk membawakan imej ‘bad boy’ itu.

Bagaimanapun, rokok yang dipegang penyanyi itu bagaimanapun tidak dibakar. Dia hanya dilihat berjalan santai sambil memegangnya sebelum meletakkan rokok itu di mulut.

Meninjau ruangan komen, ramai yang kurang senang dengan aksi itu sekali gus merasakan ia tidak wajar dipertontonkan kepada orang awam. Namun tidak kurang juga ada yang memuji penampilan bapa kepada Musa itu-SB.

Antara komen netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here