Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Zahid Hamidi terdesak mahu segera adakan PRU-15 -

Zahid Hamidi terdesak mahu segera adakan PRU-15

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyifatkan desakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya segera melakukan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai kenyataan yang terdesak.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor, Datuk Dr. Saahruddin Jamal berkata, kenyataan tersebut menunjukkan Presiden UMNO itu sanggup menekan kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO agar disegerakan PRU-15 dengan alasan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tewas PRU dilengahkan.

“Mendakwa seteru UMNO ‘menyerang’ parti tersebut menggunakan pelbagai persepsi atau isu kononnya untuk menggugat keyakinan akar umbi. Walhal sebenarnya, UMNO kini tidak tertanggung dengan persepsi atau isu yang telah ditimbulkan oleh kumpulan kluster dalam parti terbabit.

“Sekiranya dilengahkan PRU, mungkin lebih banyak pembongkaran yang berlaku dan UMNO tidak akan mampu untuk menanggung segala permasalahan yang timbul. Sebab itu menyelamatkan diri masing-masing mutakhir ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hari ini, Ahmad Zahid menuntut PRU-15 diadakan segera kerana bakal menjejaskan peluang BN sekiranya ditangguhkan.

Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, rakyat kini semakin celik politik dan tidak perlu manipulasi situasi dengan menyalahkan pihak lain kerana kebimbangan UMNO itu sendiri yang kian rebah akibat kelakuan tidak bermoral kumpulan kluster. – SB