Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Jumpa bayi atas sofa kedai makan -

[VIDEO] Jumpa bayi atas sofa kedai makan

BAYI perempuan cukup sifat ditemui di Taman Bahtera, Hulu Selangor, dalam keadaan masih bernyawa semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga.

Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan namun bangsa masih belum dapat dikenal pasti.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor BH Online.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek.