Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja lelaki curi wang majikan buat beli aksesori motosikal -

Remaja lelaki curi wang majikan buat beli aksesori motosikal

SEORANG remaja lelaki ditahan kerana disyaki mencuri wang majikannya di sebuah premis cuci kereta di Ampang Waterfront, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Lembah Permai pada jam 9.50 malam Khamis.

“Kita menahan suspek susulan laporan yang dibuat oleh pengurus premis cuci kereta itu mendakwa wang hasil perniagaan sebanyak RM815 yang disimpan dalam bekas kotak berzip telah hilang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya turut merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian serta sebuah motosikal jenis Modenas.

“Suspek dipercayai bekerja di premis cuci kereta itu sejak dua bulan lalu. Wang curi berkenaan telah digunakan suspek untuk membeli aksesori motosikal,” katanya.

Menurutnya, suspek telah direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” ujarnya.