Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Treler jatuh jejambat angkara masalah brek -

Treler jatuh jejambat angkara masalah brek

MASALAH brek dipercayai menjadi punca seorang pemandu treler gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan terbabas dan terjatuh dari jejambat ke Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan pemandu treler berusia 50 tahun cedera ringan.

“Ketika melalui laluan di Kilometer 271.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, treler dipandu lelaki itu dipercayai mengalami masalah brek.

“Keadaan tersebut menyebabkan treler tanpa muatan itu terbabas melanggar besi penghadang dan terjunam ke Jalan Persekutuan di Jalan Kuala Kangsar,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online pada Jumaat.

Terdahulu, insiden yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan itu tular dalam media sosial dengan memaparkan sebuah treler terjatuh dari jejambat lebuh raya ke Jalan Kuala Kangsar.

Besi penghadang yang dipasang di laluan lebuh raya turut jatuh dan merintangi laluan, namun tidak menghempap kenderaan dan pengguna lain.

Kejadian itu mengakibatkan aliran trafik dari Ipoh menghala Tasek di Jalan Kuala Kangsar terganggu.