Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga anggota buskers ditahan miliki, tanam ganja dalam pasu -

Tiga anggota buskers ditahan miliki, tanam ganja dalam pasu

DUA lelaki dan seorang wanita yang juga ahli sebuah kumpulan pemuzik jalanan (busker) ditahan atas kesalahan memiliki pokok ganja dan mengambil ganja.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di Kampung Lembu dekat Kedawang sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 26 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Langkawi pada jam 1.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu rumah itu telah menjumpai satu beg yang mengandungi 17 peket plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja seberat 178.14 gram dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah.

“Turut dijumpai tiga pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja di kawasan hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 6B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.–Bernama