Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN tunggu tarikh baharu jumpa Perdana Menteri -

PN tunggu tarikh baharu jumpa Perdana Menteri

PERIKATAN Nasional (PN) telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh perikatan itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini yang memaklumkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri sebelum ini adalah pertemuan tidak rasmi.

“Saya menteri Kabinet, jadi saya selalu jumpa Perdana Menteri dan minggu lepas adalah jumpa dia (Perdana Menteri) tetapi tidak secara rasmi.

“Kita sembang-sembang dulu, adalah sembang tapi yang secara rasminya saya sudah minta untuk diberi tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal aduan buli di sini hari ini.

Pada 13 Ogos, Perdana Menteri berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama PN pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.

Ismail Sabri berkata pertemuan yang berlangsung di bangunan Parlimen itu dihadiri Hamzah dan Bendahari PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ditanya adakah isu jawatan Timbalan Perdana Menteri akan dibangkitkan dalam pertemuan rasmi itu nanti, Hamzah berkata beliau akan bawa apa sahaja permintaan daripada PN.

— BERNAMA