Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anjing liar mengganas, gelandangan cedera parah -

Anjing liar mengganas, gelandangan cedera parah

SEORANG gelandangan cedera parah di bahagian kaki dipercayai digigit anjing liar dalam kejadian di Pekan Gemas, Negeri Sembilan malam kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyatakan terdapat seorang lelaki yang digigit anjing.

Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk serta terdapat kesan gigitan anjing di bahagian kaki.

“Anggota kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut,” katanya hari ini, lapor Kosmo!.

Difahamkan, sejak lebih tiga hari lalu, banyak orang awam dikejar serta nyaris digigit seekor anjing liar yang dipercayai baharu sahaja melahirkan anak.

Rata-ratanya memohon tindakan segera pihak bertanggungjawab bagi mengelak kejadian buruk berlaku