Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kemajuan kapal LCS 1 ibarat kotak mancis kosong, 20 peratus pun tidak sampai - Bekas pegawai kanan TLDM -

[VIDEO] Kemajuan kapal LCS 1 ibarat kotak mancis kosong, 20 peratus pun tidak sampai – Bekas pegawai kanan TLDM

SEORANG bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyifatkan kemajuan kerja pembinaan kapal tempur pesisir (LSC) 1 ‘ibarat sebuah kotak mancis kosong’.

Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang pernah ditugaskan menyiapkan kapal TLDM KD Lekir dan KD Kasturi di Jerman, berkata berdasarkan pemerhatian video yang tersebar hasil lawatan media pada Jumaat lalu, beliau menyimpulkan kemajuan sebenar pembinaan kapal LSC 1 berada pada tahap sekitar 20 peratus dan bukannya 60 peratus seperti didakwa.

“Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, 60 peratus sepatutnya tiada laluan kosong di dalam kapal seperti dalam video.

“Kemajuan 60 peratus perlu ada dinding, bilik, sistem perpaipan, kabel elektrik, saluran penghawa, dingin dan sebagainya.

“Paparan dalam video itu tidak ubah seperti kotak mancis kosong. Ini boleh dikatakan ‘detail drawing’ pun belum siap,” katanya ketika dihubungi SatuBerita pada Selasa.

Tangkap layar daripada video lawatan media di Lumut baru-baru ini.

Pada Jumaat bagi membuktikan projek LCS sedang berjalan, syarikat pembinaan kapal berkenaan

Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menjemput kumpulan media menyaksikan pembinaan kapal LSC di limbungan syarikat berkenaan di Lumut, Perak.

Selain melawat kapal LCS 1 yang didakwa 60 peratus siap, wakil media turut dibawa ke dua gudang menempatkan peralatan kapal bernilai RM1.7 bilion.

Mohamad Imran yang juga Presiden Persatuan Veteran TLDM, berkata, dakwaan pembinaan sudah mencapai perkembangan antara 22 hingga 60 peratus disifatkan tidak logik.

Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid

Ditanya jika kapal berkenaan boleh disiapkan dalam tempoh dua tahun seperti dijanjikan sebelum ini, beliau berkata, perkara tersebut tidak mustahil jika tiada agenda politik.

“Boleh bayar hutang dan pembekal boleh memberi peralatan diperlukan dengan segera, dan tiada ‘game’ seperti sebelum ini,” katanya-SB