Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cadangan tubuh RCI siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok -

Cadangan tubuh RCI siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok

CADANGAN penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dibawa ke Kabinet, esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara hari ini, berkata beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri perkara itu untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

“Ini tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet esok dan saya akan lakukan. Kabinet juga perlu persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penubuhan sesuatu RCI,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara hari ini yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.

Hishammudin juga berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada April lepas, Kementerian Pertahanan (Mindef) akan meneruskan projek LCS bagi kepentingan TLDM dalam perancangan melihat masa hadapan isu LCS tersebut. – BERNAMA