Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Serpihan roket China disyaki tembusi atap rumah -

Serpihan roket China disyaki tembusi atap rumah

OBJEK disyaki serpihan roket Long March 5B milik China ditemui menembusi atap zink Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu, Sibu malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Balai Bomba Bintangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.50 malam.

“Setibanya di lokasi, bomba menemui objek mencurigakan dipercayai serpihan roket berukuran dua sentimeter (cm) lebar dan tujuh cm panjang menembusi atap dan tersangkut di kayu alang rumah berkenaan.

“Menurut pemilik rumah, objek tersebut kemungkinan berada di atas atap beberapa minggu yang lepas kerana dia baru sahaja pulang ke rumah itu,” katanya, lapor Kosmo!.

Menurutnya, objek tersebut hanya disedari setelah pemilik rumah balik dan menyedari atap rumahnya bocor sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, objek disyaki serpihan roket berkenaan telah diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.

Sebelum ini, media melaporkan tular serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak.

Serpihan roket berkenaan merupakan sebahagian daripada roket milik China yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China pada akhir bulan Julai.

Antaranya di Kampung Semawa Ulu, Pantu Sri Aman dan di beberapa kawasan lain termasuk Kampung Nyalau, Bintulu, Sepupok Lama, Niah serta Kalimantan, Indonesia