Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki warga Singapura hilang ketika daki Gunung Panti Barat -

Lelaki warga Singapura hilang ketika daki Gunung Panti Barat

SEORANG lelaki warga Singapura dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika mendaki di Gunung Panti Barat, Batu Ampat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira 7.10 malam tadi.

Beliau berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa, Neo Thiam Ming, 40, melalui Malaysia Emergency Response Services (MERS 999) dan kemudiannya disalurkan kepada JBPM dengan memaklumkan bahawa dia tersesat.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan operasi mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi terbabit yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan dibantu agensi berkaitan termasuk JBPM, Jabatan Perhutanan dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Belum dapat dipastikan sama ada mangsa (Neo) mendaki berseorangan atau berkumpulan. Setakat 2 petang tadi, mangsa belum dijumpai dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin turut menasihatkan orang ramai yang berhasrat melakukan aktiviti pendakian supaya melaporkan terlebih dahulu ke balai polis atau pejabat perhutanan berhampiran.

— BERNAMA