SEORANG wanita warga emas dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, Batu Pahat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima aduan daripada anak mangsa pada Rabu yangmenyatakan ibunya Painah Siwan, tidak pulang ke rumah.
Beliau berkata, ibu pengadu yang berusia 79 tahun, keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya sejak jam 3.30 petang, lapor BH Online.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh polis, keluarga dan orang kampung tetapi gagal menemui mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Ismail berkata, operasi pencarian diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi tetapi tetap mangsa masih gagal ditemui.
“Khidmat bantuan unit pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan, selain bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat.
“Pada hari ini, operasi mencari mangsa akan diperluas melebihi dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.