PENULIS kontroversi Britain, Salman Rushdie cedera selepas ditikam sebanyak 15 kali termasuk satu yang mengenai bahagian lehernya oleh seorang lelaki dalam kejadian di Institut Chautauqua, New York, pada Jumaat.
Jurucakap pihak berkuasa berkata suspek Hadi Matar, 24, merupakan seorang rakyat tempatan dari Fairfield, New Jersey yang didakwa bersimpati dengan kerajaan Iran.
Menurut jurucakap Polis New York, Mejar Eugene Staniszewski pula, suspek meluru ke atas pentas sebelum menyerang Rushdie serta seorang lagi individu di hadapan penonton.
Berikutan serangan itu, dia telah mengalami kecederaan di bahagian leher akibat tikaman terbabit.
Hadi kemudiannya berjaya ditahan orang ramai di lokasi, lapor BH Online yang memetik laporan agensi berita antarabangsa, AFP.
Rushdie, 75, dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter sejurus sebelum 11:00 pagi (waktu tempatan), kata Mejar Eugene Staniszewski dari polis negeri New York kepada wartawan.
Namun Staniszewski tidak memberikan butiran mengenai keadaan penulis kontroversi itu selain dia masih berada dalam pembedahan.
Katanya, motif serangan masih tidak jelas.
Rushdie sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci Al-Quran.
Buku kontroversi itu telah diharamkan di beberapa buah negara, termasuk fatwa hukuman bunuh terhadapnya turut dikeluarkan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini pada 1998.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.