Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita maut diheret treler 10 meter -

Wanita maut diheret treler 10 meter

SEORANG wanita maut dalam keadaan tragis selepas menghantar anaknya ke sekolah, apabila motosikal ditunggangnya diseret treler sejauh 10 meter di KM57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi Jumaat, Shahriza Ishak, 39, parah di kepala selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya yang bergesel dengan treler di atas Jambatan Sungai Batang Padang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa penunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil seorang lagi anaknya untuk dihantar ke sekolah.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa diseret treler sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya, menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler berusia 36 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan lelaki itu ditahan bagi siasatan lanjut.