Wanita warga Thailand mati dalam tahanan

0
65

SEORANG wanita warga Thailand dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, 8 Ogos lalu.

Hasil bedah siasat mendapati, kematian tahanan wanita itu disebabkan oleh “septic shock secondary to pneumonia”.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Skandaguru Anandan, berkata wanita warga Thailand tersebut disahkan meninggal dunia 8.30 pagi.

“Pada 20 Julai, orang kena tahan (OKT) didapati berada dalam keadaan tidak sihat sekitar 11.10 pagi pada hari sama dan telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan serta disahkan mengalami penyakit anemia (kurang darah) seterusnya ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut.

“Pada 29 Julai, satu perintah tahanan usir (PTU) telah dikeluarkan namun proses pengusiran tersebut ditangguhkan sehingga proses rawatan di hospital selesai.

“Pada 7 Ogos OKT telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya kerana didapati menghidap penyakit tuberkulosis (tibi) dan Human Immunodeficiency Virus (HIV),” kata Skandaguru dalam kenyataan, lapor FMT.

Katanya, wanita terbabit sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan direman mengikut Seksyen 51(5)(b) akta sama hingga 1 Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here