Serangan penjara Congo: Lapan terbunuh, lebih 800 banduan lolos

0
245

LAPAN orang, termasuk dua anggota polis dan seorang awam terkorban dalam satu serangan dilakukan Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) di penjara pusat Kakwangura di Butembo, Congo.

Menurut laporan Bernama yang memetik laporan Agensi Anadolu, 80 anggota ADF menyerang penjara pada Selasa malam dalam usaha membebaskan 13 anggotanya termasuk 12 banduan wanita, kata jurucakap tentera, Kapten Anthony Mualushayi dalam satu sidang media.

Media Congo turut melaporkan bahawa serangan itu telah menyebabkan seramai 822 banduan daripada 874 banduan berdaftar di penjara tersebut telah melarikan diri ketika serangan itu.

ADF merupakan kumpulan pengganas yang bergabung dengan kumpulan berkait dengan Daesh di Wilayah Afrika Tengah (ISCAP) serta telah melakukan beberapa episod keganasan dan kekejaman di negara itu.

Sementara itu, agensi berita Reuters melaporkan Datuk Bandar Butembo, Mowa Baeki–Telly meminta penduduk setempat agar bekerjasama dalam membantu mengumpulkan semula banduan yang terlepas.

“Sekiranya terdapat banduan melarikan diri, janganlah melakukan kekejaman terhadap mereka. Bawalah mereka kepada kami agar boleh dimasukkan semula ke dalam penjara,” katanya kepada media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here