Gangguan bekalan air di 397 kawasan dijangka pulih sepenuhnya 8 malam esok

0
58

BEKALAN air di semua 397 kawasan terjejas di tiga wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka pulih sepenuhnya, pada pukul 8 malam esok. 

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat 3.30 petang, Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) telah mula beroperasi semula bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

“Bekalan air terawat akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” menurut kenyataan itu. 

Dilaporkan sejumlah 172 kawasan di Kuala Lumpur, Hulu Langat (222 kawasan) dan Petaling (tiga kawasan) mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hari ini susulan henti tugas sementara LRA Langat 2 pada 4.30 pagi tadi, berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat kejadian kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong, semalam.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here