SEORANG pendaki warga Perancis dilaporkan pengsan sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands pada pagi Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi yang memaklumkan terdapat seorang pendaki tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki gunung.
Menurutnya, sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat.
“Tindakan awal yang dilakukan adalah memberi bantuan pernafasan kepada mangsa yang pengsan namun tiada tindak balas.
“Anggota bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa turun dengan menggunakan pengusung.
“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di tempat kejadian,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.
Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.