Polis tumpaskan geng pecah masuk premis

0
322

Polis berjaya menumpaskan geng pecah masuk premis perniagaan susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar Klang semalam.

Semua suspek itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan di dua rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang dan Taman Saujana Jati pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, selain peralatan alat pecah rumah, polis merampas pelbagai barangan disyaki hasil jenayah antaranya minuman keras.

“Semakan mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 36 hingga 56 tahun itu mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

“Suspek kini direman enam hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti pembabitan dalam kes-kes lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Peniaga dinasihatkan untuk meningkatkan kualiti keselamatan termasuklah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here