Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteraskan agenda Melayu, Islam -

Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteraskan agenda Melayu, Islam


SATU gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.

Pada majlis solat hajat dan doa selamat di sini malam ini, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia.

“Ini merupakan suatu kumpulan Orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” katanya.

Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO).

— BERNAMA